Rabu, 29 Julai 2009

Buayan Oh Buayan!




Hi...kawan-kawan, kali ini saya mau berkongsi pengalaman saya bersama beberapa orang belia daripada Zon1 Babagon membuat trekking ke Kg. Buayan. Untuk makluman bagi mereka yg tidak tau mana tu Kg. Buayan....kampung ini sebenarnya terletak dalam daerah Penampang tetapi tidak ada aksess jalanraya....oleh itu terpaksalah kita naik LUKAPTER...bukan helicopter kio!

Tujuan kami ke sana adalah untuk memberi sokongan dan membantu komuniti kampung tersebut dalam persediaan Perasmian Sistem Mikro Hidro mereka.

Perjalanan kami bermula pada jam 12.00 tengahari bertolak dari Pekan Donggongon dengan menaiki kereta Hilux 4WD. Seramai 8 orang yang terdiri daripada KBP Belia Ulu Moyog yang telah menyertai trip ini. Perjalanan daripada pekan Donggongon ke Tolungan Kg. Terian mengambil masa kira-kira 1 jam lebih. Perjalanan tersebut sangat mencabar sehingga mengecutkan perut kami semua kerana jalanraya yang kami lalui merupakan jalan kayu balak....tapi herannya itu driver buat tu jalan seolah-olah macam jalan highway...nasib baik kami semua kuat semangat....

Kami tiba di Tolungan pada jam 1.45 petang dan memulakan perjalanan ke Kg. Buayan dengan berjalan kaki....Fuh! hebatnya cabaran...daripada jalan rata, mendaki bukit, melalui jeram dan jurang yang tinggi hinggalah meredah hutan belantara dan 3 buah sungai besar separas pinggang....betul-betul fantastik! benar-benar menguji ketahanan fizikal dan kekuatan semangat kami.

Syukur pada Tuhan...akhirnya kami selamat tiba di Kg. Buayan pada jam 4.30 petang. Kami menginap di rumah keluarga En. Jolimus Mositol.

Sepanjang 3 hari kami berada di sana, berbagai pengalaman yang telah kami lalui....(to be continue...)

Rabu, 22 Julai 2009

RENUNGAN

The Story of
THE LOST HANDS
One morning I knelt and prayed,
I gazed at the statue of Christ in clay
And lo! to my dismay
He's got no arms and hand that sway.
I serached around and searched from
roof to ground and even beyond
His wounded hands could not be found.
So I turned to Him and ask our
Lord if it's a dream;
Why in His glorius seat
He seemed to be incomplete?
Then kindly, He replied:
YOU ARE MY HANDS
....heal the wounds of the afflicted
....care for the poor
....give hope to the helpless
....reach out to the weary
.....clothe the naked..
By doing this my child....you will
RESTORE MY HANDS.
Sumber: Julys Stephen


Selasa, 21 Julai 2009

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR





Siapa kata belia kita tidak prihatin....

Pada 18 Julai yang lalu belia kawasan Ulu Moyog daripada 11 buah kampung telah berhimpun untuk menganjurkan Pelancaran Kempen Kesedaran Alam Sekitar bagi Kawasan Ulu Moyog. Seramai hampir 150 orang belia yang turut serta dan telah menyahut cabaran untuk menjadi belia yang berwawasan berlandaskan gereja...

Program ini merupakan aktiviti khusus belia kita....sebagai tanda cinta dan kasih mereka terhadap bumi tercinta....

Program ini akan berterusan di setiap kampung dibawa kawasan Ulu Moyog.

Slogan : BERSIHKAN BUMI, PULIHKAN BUMI, HIJAUKAN BUMI KITA!

Jadual Pelaksanaan:

Pelancaran Kempen Kg. Madsiang (18 Julai)
Kg. Timpoluon (2 Ogos)
Kg. Kipouvo (9 Ogos)
Kg. Rugading (23 Ogos)
Kg. Kibunut (6 September)
Kg. Tampasak (16 September)
Kg. Notoruss (20 September)
Kg. Togudon (5 Oktober)
Kg. Timpangoh (17 Oktober)
Kg. Moyog (01 November)
Kg. Babagon (15 November)

**Bagaimana pun jadual ini akan berubah mengikut kesesuaian masa
dan keadaan.

Datanglah...beramai-ramai...

APA YANG BELIA SUKA?


Ha...mari kita tengok...apa yang belia kita suka sebenarnya...
Mengikut kajian....kebanyakan belia sangat sangat cenderung pada aktiviti-aktiviti yang menyeronokan, menceriakan dan menyenangkan...














  • Friendship...
  • Aktiviti Lasak & Mencabar
  • Keseronokan
  • Yang pastinya....belia suka makan!!! hehehe


http://www.youtube.com/watch?v=-x_0ChywET8

BELIA KITA....

Salam sejahtera....selamat berkenalan...kita bertemu dalam blog "YouthsLiFe" yang akan memaparkan kisah-kisah kehidupan belia kita...

Banyak topik dan kisah-kisah benar yang akan kita kongsikan bersama... yang lucu...yang menceriakan...mengembirakan....dan menggamatkan suasana kita.....namun banyak juga kisah-kisah yang menyedihkan...yang mengharukan...

Ikutilah kisah belia kita dari pelusuk dunia...mari kita jelajahi..... Segala yang bakal kita kongsikan semoga dapat memberi pengajaran, pembelajaran serta pengalaman yang kelak akan mendewasakan diri kita...

Pengalaman para belia kita khususnya dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini pastinya akan menjadi kekuatan kepada kita semua....

Teruskan bersama Youths LiFe....