Rabu, 9 Disember 2009

PENUTUPAN KEMPEN KESEDARAN & PENJAGAAN ALAM SEKITAR KAWASAN ULU MOYOG





Ulu Moyog, Disember 6. Setelah menjalankan program ini selama 6 bulan bermula daripada Jun 2009 hingga Disember 2009, akhirnya program ini sampai ke penghujung apabila kumpulan belia daripada kawasan Ulu Moyog (KBP Zon 1 & Zon 13) telah mengadakan Majlis Penutupan Program Kempen.

Majlis penutupan ini telah berlangsung di Dewan St. Peter & Paul Babagon dan telah di hadiri oleh seramai 200 orang belia dari 10 buah kampung iaitu Kipouvo, Madsiang, Timpoluon, Tampasak, Babagon, Timpangoh, Notoruss, Rugading, Kibunut dan Moyog. Turut hadir untuk memberi sokongan dalam majlis tersebut adalah Rev. Fr. Rayner Bisius, Deacon Matheus Agustine, Sr. Rita Prisca, Pn. Anne Lasimbang, En. Julianus Thomas dan rombongan serta Pengerusi Pastoral Komiti dan ahli-ahli pastoral komiti zon.

Program bermula pada jam12.00 tengahari dengan pelbagai aktiviti seperti pameran gambar-gambar aktiviti belia sepanjang program kempen, ucapan daripada beberapa orang penting seperti Pengerusi Pastoral Komiti, Deacon Matheus, Pn. Anne dan akhirnya ucapan penutupan oleh Sdra. Julianus selaku Pengerusi TPBP Penampang. Selain daripada itu, pihak penganjur juga telah menunjukan tayangan slide video yang menayangkan aktiviti-aktiviti belia sepanjang program kempen ini. Penyampaian sijil penyertaan dan penghargaan kepada setiap kampung yang telah berjaya melaksanakan aktiviti ini turut di adakan serta pemenang 3 kategori yang terpilih iaitu: Kategori Penganjuran Terbaik - Tampasak, Kumpulan Terbaik - Moyog dan Peserta belia terbaik sepanjang program - Sdra. Meldried Mikin. Tujuan untuk memberikan penghargaan ini adalah untuk menaikan lagi semangat para belia dalam pelaksanaan aktiviti.

Persembahan Pentas oleh para belia dari setiap kampung turut memeriahkan lagi suasana.

Bagi pihak penganjur iaitu Komiti Belia Pelaksana Zon 1 & 13, kami sangat-sangat bersyukur kepada Tuhan di atas segala rencana yang diberikan kepada kami...terutama sekali dalam menaganjurkan program ini. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program kempen ini terutama sekali daripada pihak PACOS atas bantuan dana, TPBP yang banyak membantu dari segi nasihat dan sokongan serta semua rakan belia di seluruh kawasan Ulu Moyog atas kerjasama, komitmen serta sokongan mereka sehingga program kempen ini telah berjaya di laksanakan. Semoga Tuhan memberkati.....