Rabu, 29 Julai 2009

Buayan Oh Buayan!




Hi...kawan-kawan, kali ini saya mau berkongsi pengalaman saya bersama beberapa orang belia daripada Zon1 Babagon membuat trekking ke Kg. Buayan. Untuk makluman bagi mereka yg tidak tau mana tu Kg. Buayan....kampung ini sebenarnya terletak dalam daerah Penampang tetapi tidak ada aksess jalanraya....oleh itu terpaksalah kita naik LUKAPTER...bukan helicopter kio!

Tujuan kami ke sana adalah untuk memberi sokongan dan membantu komuniti kampung tersebut dalam persediaan Perasmian Sistem Mikro Hidro mereka.

Perjalanan kami bermula pada jam 12.00 tengahari bertolak dari Pekan Donggongon dengan menaiki kereta Hilux 4WD. Seramai 8 orang yang terdiri daripada KBP Belia Ulu Moyog yang telah menyertai trip ini. Perjalanan daripada pekan Donggongon ke Tolungan Kg. Terian mengambil masa kira-kira 1 jam lebih. Perjalanan tersebut sangat mencabar sehingga mengecutkan perut kami semua kerana jalanraya yang kami lalui merupakan jalan kayu balak....tapi herannya itu driver buat tu jalan seolah-olah macam jalan highway...nasib baik kami semua kuat semangat....

Kami tiba di Tolungan pada jam 1.45 petang dan memulakan perjalanan ke Kg. Buayan dengan berjalan kaki....Fuh! hebatnya cabaran...daripada jalan rata, mendaki bukit, melalui jeram dan jurang yang tinggi hinggalah meredah hutan belantara dan 3 buah sungai besar separas pinggang....betul-betul fantastik! benar-benar menguji ketahanan fizikal dan kekuatan semangat kami.

Syukur pada Tuhan...akhirnya kami selamat tiba di Kg. Buayan pada jam 4.30 petang. Kami menginap di rumah keluarga En. Jolimus Mositol.

Sepanjang 3 hari kami berada di sana, berbagai pengalaman yang telah kami lalui....(to be continue...)

2 ulasan:

  1. wah...............siok o kamu urang kan. Sia suka yang pakai baju seksi

    BalasPadam
  2. saya sukaaa....syok..hahaha...buayan mencipta seribu memori dalam hidupku..huhu..

    BalasPadam