Selasa, 21 Julai 2009

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR





Siapa kata belia kita tidak prihatin....

Pada 18 Julai yang lalu belia kawasan Ulu Moyog daripada 11 buah kampung telah berhimpun untuk menganjurkan Pelancaran Kempen Kesedaran Alam Sekitar bagi Kawasan Ulu Moyog. Seramai hampir 150 orang belia yang turut serta dan telah menyahut cabaran untuk menjadi belia yang berwawasan berlandaskan gereja...

Program ini merupakan aktiviti khusus belia kita....sebagai tanda cinta dan kasih mereka terhadap bumi tercinta....

Program ini akan berterusan di setiap kampung dibawa kawasan Ulu Moyog.

Slogan : BERSIHKAN BUMI, PULIHKAN BUMI, HIJAUKAN BUMI KITA!

Jadual Pelaksanaan:

Pelancaran Kempen Kg. Madsiang (18 Julai)
Kg. Timpoluon (2 Ogos)
Kg. Kipouvo (9 Ogos)
Kg. Rugading (23 Ogos)
Kg. Kibunut (6 September)
Kg. Tampasak (16 September)
Kg. Notoruss (20 September)
Kg. Togudon (5 Oktober)
Kg. Timpangoh (17 Oktober)
Kg. Moyog (01 November)
Kg. Babagon (15 November)

**Bagaimana pun jadual ini akan berubah mengikut kesesuaian masa
dan keadaan.

Datanglah...beramai-ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan